Assalamualaikum,
Hidayah itu tidak akan datang jika tidak diminta. Jangan malas untuk meminta hidayah dari yang Esa kerana ketahuilah apabila hidayah datang kita akan terasa nikmatnya dan merasa ralat kerana tidak meminta lebih awal. Tiada ruginya dengan doa sebegitu. No harm. Seek and you will find. Kemudian, ucaplah syukur kerana kita telah dipilih olehNya untuk DIBERI HIDAYAH.
Hidayah yang kita dapat bukan setakat menutup aurat dan solat
5 waktu sehari. Kerana menutup aurat bukan sekadar menutup rambut bagi
perempuan contohnya, tetapi there’s more than that, dalam erti kata lain tutup
sesempurnanya. Jadi mintalah hidayah dari Alah supaya ditunjukkan penutupan aurat
yang sempurna dan solat yang sempurna.
Pedulikan mulut-mulut yang berkata kita fanatik, alim terlebih, nak jadi ustaz/ustazah dan seumpamanya. Sesungguhnya kita mesti mempunyai rasa kasihan dengan orang begitu kerana pintu hidayah mereka belum diberi tetapi ketahuilah pintu taubat Allah sentiasa dibuka (sebelum tertutup). Doakanlah untuk mereka supaya diberi hidayah.
Wallahhualam.
Sesungguhnya apa yang baik itu datang dari Allah, dan yang serba kekurangan dari diri ummi.