Thursday, 15 March 2012

Berhati-hatilah dengan aurat kita

Assalamualaikum,


Isu aurat ni selalu diutarakan dari semasa ke semasa malah setiap hari di laman-laman web, facebook, radio mahupun majalah. And ummi percaya most of us know about 4 jenis lelaki yang ditarik perempuan ke neraka. We all clearly know that bukan mahram memang auratnya nyata dari bahagian mana ke bahagian mana bagi perempuan dan lelaki. Dan apa pula definisi mahram? Siapa pula golongan yang bukan mahram bagi kita?


Selalu ummi perhatikan, kita kadang-kadang terlupa yang bahawa saudara sabit (though how close they are) is still not a mahram to us. I was jahil also one time ago but alhamdulillah daripada teguran suami (dia pun jahil juga suatu masa dahulu), dan dari pembacaan buku-buku agama, kuliah-kuliah agama dan majlis-majlis ilmu yang telah dihadiri membuatkan kami lebih peka tentang isu aurat.


Selalunya kita hanya bertudung bila keluar dari rumah untuk ke mana-mana (office, shopping, bertandang ke rumah orang, etc), tetapi tidak bertudung bila berada di dalam rumah semasa tetamu datang. Now, ummi nak fokuskan tetamu yang bergelar  saudara sabit. It is haram to show our aurat (hair and others that is considered aurat) to saudara sabit. Kalau yang tiada kaitan persaudaraan, memang nyata-nyatalah hukumnya haram.


It happens to my family also (kakak-kakak). I admit, I've no guts to tegur mereka. Cuma ummi tunjuk melalui pembawaan ummi terhadap mereka. If they come to my house with the husband, I would cover my hair. Never try to forget the balasan seurat rambut dipandang oleh lelaki bukan mahram, hukumannya apa? No need to tell anymore, everybody knows....


Back to ipar-ipar perempuan suami ummi ni, kalau datang ke rumah ummi atau jika kami ke rumah mereka, I could see suami memang ada sedikit serba salah tapi what to do. Macam orang kata, anak Cina makan pengat.


Jadi saudara-saudaraku di luar sana, kawan-kawan ku dan anak-anak saudara ku yang telah dewasa, marilah sama-sama kita menjaga aurat antara saudara-saudara sabit kita sendiri. Bagi ayah, suami dan abang-abang di luar sana, tegur dan nasihatlah anak-anak, isteri dan adik-adik/kakak-kakak mengenai isu ini. Tidakkah anda sedih jika ini terjadi ke atas diri anda sendiri? Isu aurat bukan isu ringan. Sama-samalah kita beringat. Dosa mereka (perempuan) ditanggung oleh penanggung (lelaki). Mahu kah kamu menambah dosa-dosa. Fikirkanlah kerana sesungguhnya zaman jahiliyah telah lama berlalu sebenarnya.
Wallahhualam.



Allah Ta’ala menyebut :

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

Maksudnya : Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Ahzab : 59)

Ini ialah perintah yang turun dari tujuh petala langit kepada para wanita Muslimah supaya memelihara aurat dan kehormatan mereka. Dan hendaklah para wanita bersegera untuk menyahut seruan Allah ini kerana ia merupakan tanda keimanan, kehambaan serta kepatuhan kita kepadaNya. Ayat-ayat suci ini diulas dan diperincikan dengan lebih lanjut oleh hadis-hadis Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam supaya para wanita memahami bagaimanakah untuk menutup aurat seperti yang dikehendaki oleh agama dan bukannya menutup aurat mengikut syariat sendiri ataupun kemahuan sendiri.

Dalam masalah aurat ini, Dr. Abdul Karim Zaidan hafizhahullah mengatakan kaedah yang diguna pakai secara umumnya ialah : “Setiap aurat wanita wajib ditutup dan disembunyikan dari pandangan lelaki yang bukan mahram, dan anggota badan wanita yang bukan aurat boleh dinampakkan dan tidak perlu ditutup dari pandangan lelaki yang bukan mahram melainkan jika ada sebab-sebab tertentu”[3]. Apakah anggota badan wanita yang dikira aurat dan apa pula yang bukan aurat? Majoriti para ulama’ mengatakan bahawa seluruh anggota badan wanita ialah aurat kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Ibn ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu menafsirkan ‘kecuali yang (biasa) nampak daripadanya’ dari ayat 31 dalam surah al-Nuur sebagai muka dan tapak tangan[4]. Jadi setiap wanita Muslimah yang telah baligh wajib menutup seluruh anggota badannya dari pandangan lelaki yang bukan mahram kecuali muka dan kedua tapak tangannya.

Dalam sebuah hadis Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha maksudnya : “Asma’ binti Abi Bakr al-Siddiq masuk menemui Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam dan dia memakai pakaian yang nipis, Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam berpaling daripadanya dan berkata : ‘Wahai Asma’, sekiranya seorang wanita telah didatangi haid, anggota badannya tidak boleh diperlihatkan kecuali ini dan ini’, Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam mengisyaratkan ke mukanya dan kedua tapak tangannya” 


Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, dan yang serba kekurangan itu dari ummi. Ampun dan maaf dipohon.