Thursday, 15 March 2012

Hukum bersalaman dengan saudara sabit


Assalamualaikum,
Nowadays we are more concern on the adat rather that hukum. Ummi nak bawa kepada satu perkara yang jelas yang selalu kita lupa dan alpa.  It happens to me and my family as well. Only lately, me and husband talked about it. Mungkin ini satu daripada hidayahNya kepada kita untuk difikirkan.

Selalu kita alami, bila berkunjung ke rumah sanak saudara mahupun sahabat handai. Bersalaman sewaktu sampai dan semasa hendak pulang. Anak-anak perempuan kita bersalaman dengan suami kawan kita. Bagi yang belum akil baligh, fine. Bagi yang sudah akil baligh (selalunya umur 15 tahun sudah akil baligh) bersalaman dengan suami kawan kita, haram is it? Yes, haram. Kerana mereka bukan mahram. Itu yang nyata. How about anak perempuan saya bersalaman dengan suami kakak saya. Yes, still haram since bapa saudara sabit is not a mahram. So happen to anak lelaki saya bersalaman dengan kakak ipar saya, yes, haram. And my niece (anak kakak atau abang saya) bersalaman dengan suami saya, it is haram. My husband's nephew (anak lelaki saudara kandungnya) bersalaman dengan saya, it is haram. Saya bersalaman dengan bapa saudara (suami kakak/adik kepada ibu saya), it is haram. Dan saya juga tidak boleh bersalaman dengan ipar lelaki saya sebagaimana suami saya juga tidak boleh bersalaman dengan ipar perempuannya.



Adakah kita sengaja tidak sedar atau memang kita tidak tahu hukum-hakam. Saya mengaku bahawa bapa saya walaupun dia memang warak dalam hal agama, tidak pernah menegur tentang perkara ini. Kerap kali sewaktu hari raya, memang menjadi rutin kami untuk beratur anak beranak, ipar-duai, anak-anak saudara, bersalaman antara satu sama lain. Ya saya mengaku, antara kami ada yang bukan mahram dan telah bersentuh antara satu sama lain apabila bersalaman. Mungkin ini boleh dijadikan iktibar sesama kita. Ummi amat yakin ini adalah salah di sisi hukum. Moga Allah mengampuni kami semua.

Jadikanlah ini satu iktibar, renungan dan praktikal untuk kita semua wahai anak-anak ummi, saudara-maraku dan kawan-kawanku sekalian.

Segala yang baik itu datangnya dari allah dan yang serba kekurangan itu dari saya.
Wallahhualam.