Friday, 4 May 2012

Jagalah hati tuan rumah wahai tetamu

Ummi nak kupaskan isu tetamu yang datang ke rumah. Tetamu harus dimuliakan apabila bertandang ke rumah kita. Itu satu kewajipan dan pahala yang banyak akan diperolehi jika kita memuliakan tetamu. Antaranya menyambut dengan muka senyum, menghidangkan makanan dan memberikan layanan yang baik.

Tentang makanan yang dihidangkan, ada juga kadang-kadang jika kita hidangkan makanan, ada tetanu yang tidak makan atau reluctance nak makan. Boleh nampak reaksi makan mereka sepert dipaksa. Amat sedih jika ini terjadi kepada diri ummi. Tapi kita kena bersangka baik, mungkin mereka sedang sakit perut masa itu (perut tak sedap) atau mereka memang tidak minum air teh yang dihidangkan contohnya (hanya minum nescafe). Tuan rumah mungkin juga akan bertanya kenapa tak minum tehkah? Mungkin mereka menjawab ya (walaupun mereka minum teh, tidak pasti kenapa mereka tidak mahu minum atau makan makanan yang dihidangkan). Cubalah berbahasa seperti meminta air kosong instead. Sekurang-kurangnya tetamu itu hendaklah menjaga hati tuan rumah juga.

Ummi tidak pasti kenapa dengan tetamu-tetanu sebegini, mungkinkah mereka geli dengan makanan yang kita hidangkan, kita tidak cukup bersih? Hmm, tapi insyaAllah sesipa yg datang ke rumah ummi, ummi pastikan rumah dan dapur ummi bersih. Bagi ummi, jika ummi bertandang ke sesebuah rumah, tidak sampai hati untuk menolak hidangan yang ikhlas disediakan.

Jagalah hati tuan rumah wahai tetamu kerana pahala free anda juga mudah didapati di situ. Jika kita tidak menjamah makanan atau obviously tuan rumah nampak reluctancy kita untuk makan, apakah perasaan tuan rumah? Dia mungkin berkecil hati dan apa pula kaitnya dengan perasaan dan dosa pahala kecil hati. Jangan pula dia membalas reaksi itu apabila bertandang ke rumah tetamu tersebut.

Begitu juga kedatangan yang kerap kali datang sekadar menyinggah dan tidak sabar-sabar untuk balik. Sudah lah jarang datang, sesekali datang seperti tak sudi untuk bertandang lama. Kalau boleh tak benarkan tuan rumah membancuh air.

Wahai tetamu Allah, kau niatlah datang bertandang hanya kerana Allah dan muliakanlah tuan rumah sepertimana tuan rumah memuliakanmu.