"Sieze five opportunities before they are overtaken by five! Your health before sickness overtakes it, your wealth before poverty overtakes it, your youth before old age overtakes it, your free time before occupation overtakes it and your life before death overtakes it!" Hadith
Wednesday, 18 July 2012
Ayat berkubu
Ummi nak kongsikan tentang ayat berkubu yang ummi dapat di tazkirah yang dihadiri. Di samping itu, ummi campurkan juga dengan petua membacanya dari laman web yang ummi came across. Semoga bermanfaat untuk kita semua.
Maksud :
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.
Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhamad Rasulullah.
Supaya Allah SWT akan melindungi diri kita dari segala mara bahaya.
( Amalkan selepas solat Subuh atau ketika diri diancam musuh ).
Caranya:
1. Berdiri menghadap kiblat (arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara.
4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup ke bawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup ke arah atas sehingga habis nafas.
5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.
Khasiatnya : InsyaAllah, Allah akan melindungi diri kita dari segala mara bahaya. "Doa itu senjata bagi orang mukmin ".
Tips Tuan Guru Prof. Dr. Haron Din Al Hafiz
Rujuk Darussyifa
Labels:
Ayat berkubu