Dulu ummi selalu meratap, merintih dan bertanyakan kenapa diri ini begini, tidak seperti orang lain. Walhal ummi tahu dan dalam keadaan sedar semasa melihat diri ummi. Dan ummi tahu itu adalah salah untuk difikirkan. Ummi masih waras tapi ummi mengikut nafsu. Akibat acapkali membandingkan diri dan nasib dengan orang lain. Tapi apa yang ummi bandingkan hanya dari segi keduniaan, astaghfirullah.
Alhamdulillah di atas doa dan pencarian hidayah, ummi dapat memahasabahkan diri dan kembali ke alam 'nyata'. It's not that I was not in real world at that time but I could admit that as ummi tak berfikir dengan sebenar-benar fikiran. Alhamdulillah sangat-sangat ke hadrat Ilahi, kerana ummi rasa ummi sudah berilmu walaupun tidak banyak mana kerana ummi tahu kita tidak akan pernah habis belajar, yang kita boleh buat adalah terus belajar dan belajar. Alhamdulillah KPI ummi sebagai seorang muslimah sudah increase kerana ummi rasa ummi dah meninggalkan rakan-rakan yang sama-sama di tahap ummi dulu dengan ilmu yang ummi ada di mana mereka masih di tahap lama. Astaghfirullah, bukan membangga diri tetapi itulah improvement yang ummi nampak. Sementara itu ummi harap ummi tidak akan lupa mendoakan kawan-kawan supaya dapat mebaiki dan improvekan diri mereka ke tahap lebih baik dari segi seorang muslimah.
Selalulah di dalam doa kita selepas setiap solat untuk mendoakan "Ya Allah, bantulah aku dalam mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan beribadah dengan lebih baik kepadaMu". InsyaAllah, Dia akan membantu kita di dalam setiap perkara. Ini adalah doa yang disarankan oleh baginda Rasulullah s.a.w. sendiri. Selepas doa itu, ummi juga memanjangkan doa, "Ya Allah, bantulah aku dalam menghormati dan mentaati suamiku dan bantulah aku dalam mendidik anak-anakku. Berilah aku kesabaran yang penuh".
Dan juga jangan lupa untuk doa ini. "Ya Allah kurniakan/luangkan kepadaku masa yang banyak untuk ke majlis-majlis ilmuMu dan untuk mempelajari ilmu agama. Kurniakan kepadaku ilmu yang bermanfaat dan dimanfaatkan. Semoga makhraj-mahkrajku dan sebutan-sebutanku betul di dalam menyebut huruf-huruf dan ayat-ayatMu".
Percayalah, Dia akan memberikan kita masa yang lebih untuk ke arah itu. I've tried and it works. Start with that doa if you feel you need more penghayatan and feel like your mind is empty (jiwa kosong). Alhamdulillah, alhamdulillah ya Tuhanku. Sesungguhnya Engkau menganugerahkan kepada setiap hambaMu yang meminta.
Amin, amin ya Rabbul A'lamin.