Tengahari ni, Jumaat, ummi berpeluang menghadiri ceramah Ustazah Wan Suhaili, Ustazah Solehah, TV Al-Hijrah. Orangnya muda lagi. Seronok tengok orang-orang muda dah start berdakwah. Tengok balik diri ummi, Ya Allah jauhnya ketinggalan diriku ini. Kadang-kadang terasa dengan frasa ini -> Allah lebih sayang orang muda yang bertaqwa dari orang tua yang bertaqwa. Tapi aku tahu ya rab, rahmat-Mu sentiasa ada untukku dan kami semua.
Today, she talked about isra' dan mikraj, how Rasulullah s.a.w. was viewed about syurga and neraka. The azab in neraka, oh ya Allah. Rasullullah s.a.w. melihat kaum yang paling ramai masuk neraka ialah golongan wanita. Sebab utamnya kerana golongan wanita tidak bersyukur. Sering mengkufurkan suami dan mengkufurkan ehsan suami. Nauzubillahiminzalik. Ya Allah lindungilah diri aku dari sifat ini.
And she talked about hidayah. Hidayah milik Allah. She shared the experience of celebrities who had done their hijrah, Yatt Hamzah and Diana Amir.
Walking down to ummi's office, after attending the ceramah, ummi tak pernah melepaskan mata memandang pakcik cobbler yang duduk di belakang bus/taxi stop. Saban hari dari pagi hingga petang dia akan setia menunggu pelanggan yang datang untuk membaiki kasut. Mostly pelanggan-pelanggannya adalah dari pekerja-pekerja office berdekatan. Cuma yang tertanya-tanya di hati ummi setiap hari Jumaat, di kala jemaah lelaki sibuk menghadirkan diri ke masjid untuk solat Jumaat, pakcik itu masih di situ. Boleh bayangkan dalam diri ummi apa yang ummi fikirkan. Ya Allah, semoga Engkau memberikan hidayah kepada pakcik itu sebelum matanya tertutup mengadap-Mu. Sesungguhnya aku amat terasa, kasihan, simpati jika pakcik itu masih di tahap itu tanpa apa-apa hidayah, yang mana sepatutnya di usia begitu dia banyak mendambakan diri kepada-Mu. Jelas kelihatan, dia diambang usianya.
Hanya Kau Yang Maha Mengetahui Ya Rab.
"Sieze five opportunities before they are overtaken by five! Your health before sickness overtakes it, your wealth before poverty overtakes it, your youth before old age overtakes it, your free time before occupation overtakes it and your life before death overtakes it!" Hadith
Friday, 29 June 2012
Wednesday, 27 June 2012
Kuliah Zohor
2/5/12
Banyakkan mengingati kepada mati. Orang yang mati apabila masuk ke dalam kubur, kubur itu akan bercakap.
Banyakkan mengingati kepada mati. Orang yang mati apabila masuk ke dalam kubur, kubur itu akan bercakap.
Jika dia adalah orang beriman, kubur akan memberikan ucapan
tahniah dan dibukanya pemandangan pintu syurga.
Jika dia adalah orang jahat, kubur akan berkata, engkau
orang yang paling kubenci sekali. Kubur akan memaki hamun dan menghimpitnya
sehingga hancur tulang rusuknya.
3/5/12 (Ustaz Malek Salleh)
Apa sahaja waktu kita lapang kita berbuat amalan kebajikan
iaitu seperti berdakwah, hadir majlis ilmu dan sedekah, maka apabial waktu kita
dalam kesempitan atau kemiskinan, Allah suratkan pahala seperti waktu kita
berbuat kebajikan dahulu selama mana niatnya masih di situ. Subhanallah!
Tenaga rasulullah menyamai 13 orang.
Sunnah rasulullah s.a.w. -> dukung isteri J
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jangan kamu tentukan malam
Jumaat antara malam yang lain”.
Maksudnya, jangan hanya nak berjaga atau berniat untuk
beribadat pada malam Jumaat sahaja.
Pahala berwuduk sebelum tidur sama dengan beribadat seluruh
malam walaupun selepas itu bersentuh dengan suami/isteri. Rasulullah bersabda,
mafhumnya, jikalau bersentuh secara tidak sengaja suami isteri dalam keadaan
berwuduk, Allah gugurkan dosa-dosa terdahulu. Subhanallah.
Sebelum solat dan selepas solat, minta kepada Allah supaya
dikurniakan sifat solat yang rendah diri.
Yang baik/betul itu dari Allah, dan sekiranya ada kekhilafan, itu adalah dari diri ummi. Renungan ini sekadar untuk berkongsi apa yang diperolehi dari majlis ilmu yang ummi hadiri.
Wallahualam.
Labels:
Tazkirah
Monday, 25 June 2012
Thursday, 21 June 2012
Susah ke nak buat?
Jaga 7 Sunnah Rasul
i) Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada
tahajjudnya.
ii) Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah
baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih
dahulu dengan penuh pemahaman.
iii) Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh.
Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan
pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang
mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
iv) Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada
solat dhuha.
v) Jaga sedekah setiap
hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu
mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
vi) Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba
yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu
senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga
oleh malaikat dengan dua doa, "ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
vii) Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah
yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Tak susahhh nak buatt. Senang kan? Tapi kenapa kita masih liat nak buat? Tepuk dada tanya iman......
Labels:
Sunnah Rasul
Tuesday, 19 June 2012
RM1 penebus hilangnya handphone?
Alhamdulillah, alhamdulillah..mungkin inilah hasil ikhlas dalam beribadah yang selalu diterapkan oleh ustazah umi dan dipraktikkan secara tidak langsung. Ia semudah sekecil perkara yang terjadi dalam kehidupan kita, dan kita relatekan balik dengan keikhlasan tadi, segala musibah yang terjadi akan cepat terhalang. Saya tidak sedar handphone saya hilang sehingga diberitahu. Hanya tersedar apabila sampai di rumah dan tercari-cari juga di mana ya umi letakkan, tetapi tidak dalam keadaan kekalutan seperti kebiasaan sebelumnya apabila kusedari benda ku tiada, mulalah panik. But this time I was calm and in second the house phone ring and my husband told me that somebody told that I left the handphone at 7-11. Thank you Allah. I still calm and never felt anything while driving back to the 7-11. I could see the man was also the sincere man. He told me, he noticed and saved the gadget while some eyes are eyeing on it. I believe Allah still gave me chance and let me held it again. It was stated that it is still mine. Setiap yang terjadi membuatkan umi berfikir semula and I believe inilah kesan dari kejujuran kita. Pagi sebelumnya, umi membeli breakfast dan si penjual telah memulangkan baki dan terlebih RM1. Detik hati umi masih berbelah bagi, samada ingin dipulangkan semula atau tidak, astaghfirullah, syaitan masih ada di tepiku. Tapi tiba-tiba teringat akan amal ibadat umi yang bersusah-payah berjaga malam mendambakan diri kepada yang Esa, sanggupkah kerana RM1 umi senyapkan. Lantas tanpa disedari juga umi bertanya kenapa terlebih dan dia mengaku tidak perasan yang umi memang ada membeli tambahan kueh RM1. Inilah RM1 yang kukembalikan secara ikhlas dengan balasan mendapatkan semula handphone ku yang kutinggalkan tanpa dicerobohi. Wallahualam. Betul atau tidak, biarlah kita relatekan perkara baik dengan sesuatu. Semangatku bertambah ya Allah. Syukran ya Rabbi. Engkau tidak mengambil kejahatan dan kekuranganku yang masih tidak dapat kuhilangkan dengan menghilangkan handphone itu. Sesungguhnya Engkau sentiasa memberi peluang kepada hamba-Mu dengan melihat kebaikannya terlebih dahulu. Ya Allah lindungilah aku dari kejahatan diriku sendiri. Hanya kepada-Mu aku berserah dan berlindung.
Labels:
Ikhlas
Thursday, 7 June 2012
Amalkanlah Bersedekah di Waktu Pagi dan Berdoa Dengan Doa Menolak Musibah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi
Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi
Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti
baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dikasihi
kerana Allah,
Rasulullah SAW
sentiasa mengajar umatnya untuk sentiasa bersedekah di waktu pagi dan membaca
doa menolak musibah pada waktu pagi dan petang kepada Allah SWT boleh terhindar
atau dijauhi daripada bala dan musibah.
Perkara-perkara yang
boleh menjauhkan bala dan musibah adalah seperti berikut :
Pertama : Bersedekah
pada waktu pagi.
Kedua : Membaca doa
menolak musibah
Huraiannya :
Pertama : Bersedekah
pada waktu pagi.
Nabi SAW berwasiat
kepada Saidina Ali k.wj maksudnya : "Wahai Ali! Sedekah yang
sembunyi-sembunyi itu dapat mereda murka Allah dan dapat menarik rezeki dan
berkah yang banyak. Maka berpagi-pagilah kalau bersedekah. Kerana sesungguhnya
bahaya itu turun pagi hari, sebelum bahaya turun, bersedekahlah sehingga dapat
menolak bahaya di udara."
Berdasarkan hadis
diatas jelaslah kepada kita bahawa bahaya (bala) akan turun pada waktu pagi
maka jika kita bersedekah pada waktu pagi boleh menolak bahaya di udara dengan
izin Allah SWT.
Bagaimana cara-cara
kita hendak bersedekah pada waktu pagi?
Perkara ini amat mudah
kerana di masjid atau di surau terdapat tabung-tabung derma samada untuk
masjid atau surau atau tabung khusus untuk anak yatim maka semasa datang
ke masjid atau surau untuk solat subuh berjemaah maka masukkan ke dalam tabung
tersebut walaupun hanya satu ringgit. Amalkan setiap hari dan niatkan semata-mata
kerana Allah SWT.
Nabi SAW bersabda
maksudnya : “Tidaklah hamba-hamba Allah bangun di pagi hari, kecuali disertai
dengan turunnya dua malaikat. Salah satu dari keduanya lalu berkata: "Ya Allah
berilah orang yang berinfaq ganti (dari barang yang diinfaqkan)." Dan salah
satu lagi berkata: "Ya Allah berilah orang yang menahan (bakhil) akan
kerugian”.
(Hadis Riwayat Bukhari
dan Muslim)
Dalam hadis yang lain
sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :
“Sungguh sedekah itu
akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk
(su’ul khatimah).” (Hadis Riwayat al-Turmuzi)
Maksud kematian yang
buruk (su'ul khatimah) ada kematian mengejut disebabkan kemalangan jalan raya,
mati terbakar, mati lemas atau mati dibunuh. Dikhuatiri semasa mengalami
kematian tersebut tidak sempat mengucap kalimah "Laailahaillallah"
dan tidak sempat bertaubat.
Al-Mubarakafuri pula
menceritakan bahawa Imam al-Iraqi pernah berkata : “Jika difahami secara zahir
apa yang dimaksudkan dengan kematian yang buruk adalah seperti meninggal dalam
runtuhan, jatuh di tempat tinggi, mati lemas, mati terbakar, diganggu syaitan
ketika sakratul maut dan mati ketika sedang melarikan diri dari medan perang dimana
keadaan-keadaan seperti ini yang Nabi SAW memohon kepada Allah untuk dijauhkan
daripadanya.”
Kedua : Membaca doa
menolak musibah
Dari Aban bin Osman, bahwa Nabi SAW bersabda: “Sesiapa membaca ‘BISMILLAAHIL LAZII LAA YADURRU MA’AS MIHI SYAI’UN FIL ARDI WALA FIS SAMAA’ WAHUWAS SAMII’UL ‘ALIIM’
Maksudnya :
"Dengan nama Allah, dengan nama-Nya tidak akan berbahaya sesuatu yang ada
di bumi dan di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa musibah hingga malam hari, dan
sesiapa membacanya di waktu malam maka tidak akan ditimpa musibah hingga pagi
hari, dengan izin Allah.”
(Hadis Riwayat Ahmad
no 497)
Satu ketika Aban bin
Osman telah ditimpa musibah mendadak di mana dia telah ditimpa penyakit lumpuh.
Sahabat hairan mengapa Aban boleh mengalami musibah, padahal dia yang telah
meriwayatkan hadis doa menolak musibah. Maka Aban bin Usman dengan jujur
mengakui bahawa pada hari itu dia telah terlupa membaca doa tersebut.
Nabi SAW ada
mengajarkan satu doa untuk kita amalkan supaya doa tersebut menjauhkan kita
daripada kesusahan bala. Maksudnya :"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku
berlindung kepada-Mu daripada kesusahan bala, hinanya kesengsaraan, keburukan
qada dan kegembiraan musuh (terhadap masaalahku)"
(Hadis Riwayat
al-Bukhari).
Amalkanlah doa-doa
tersebut di atas setiap hari waktu pagi dan petang sebagaimana yang
diajarkan Nabi SAW dan yakinlah bahawa kita sentiasa dibawah perlindungan Allah
SWT daripada musibah, bala, su'ul khatimah dan gangguan sihir.
Sahabat yang
dimuliakan,
Jadikan sedekah yang
ikhlas dan doa khusyuk yang dimohon dengan rasa rendah diri kepada Allah SWT
sebagai amalan harian yang tidak kalian tinggalkan, samada kalian berada dalam
keadaan kaya, miskin, hidup menanggung berbagai masalah atau tidak ada
masalah. Jika kalian ingat Allah SWT semasa kalian senang atau kaya maka Allah
SWT akan ingat kalian semasa kalian susah atau miskin. Beristiqamahlah dengan
kebaikan kerana mereka yang hidup beristiqamah akan mendapat reda dan kasih
sayang Allah SWT.
Subscribe to:
Posts (Atom)