Janganlah kamu meninggalkan majlis ilmu, walaupun kamu tidak
berjaya meninggalkan maksiat, kerana jika seseorang meninggalkan majlis ilmu
selama 3 hari, maka hatinya akan sakit, dan jika dia terus menerus
meninggalkannya maka akhirnya hatinya menjadi mati, maka ketika itu segala
nasihat sudah tidak manfaat lagi kerana hatinya sudah tidak dapat menerimanya
lagi, dan janganlah kamu mengatakan tiada faedah duduk dalam majlis ilmu
sedangkan maksiat tetap aku lakukannya bahkan teruskan hadir majlis
ilmu, manalah tahu suatu hari nanti kamu mendapat limpahan berkat dari orang
yang menyampaikan ilmu atau orang yang ikhlas yang hadir dalam majlis ilmu
tersebut, atau sekurang-kurangnya dapat duduk bersama dgn orang-orang yang soleh di dalam
majlis ilmu tersebut.
Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah ilmu akhirat. From the above phrase, marilah kita penuhi dada dan hati kita dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat. Selalulah titipkan di dalam setiap doa terutamanya selepas solat supaya kita diberi ruang masa yang banyak untuk menghadiri majlis-majlis ilmu, diluangkan masa untuk dapat membaca buku-buku agama, sirah-sirah, hadis-hadis sahih dan memuhasabahkan diri. Dan pohonkan doa untuk mendapat ilmu yang bermanfaat.