Sunday, 3 March 2013

Mulianya wanita


Iktibar  dan pelajaran yg diperolehi dari kuliah zohor Ustaz Asri Kagat (28/2/2013)


Seperti dalam firman Allah, wanita akhir zaman menutup aurat tapi bertelanjang. Ya, kita adalah wanita di zaman yang telah disebutkan oleh Allah azzawajalla. Lihat diri kita kembali, adakah kita tergolong dalam kumpulan ini? Nauzubillah. Memang ini yang akan keluar dari mulut kita, tapi marilah kembali kita melihat cara kita berpakaian.

Menurut ustaz, dari pandangan lelaki, 9 out of 10, perkara pertama yang akan dilihat oleh mereka pada wanita (yang bukan mahram) adalah bahagian dada. Hanya 1/10 yang akan melihat rupa paras.
Apabila tudung tidak dilabuhkan melebihi paras dada, automatically ‘scanner’ mereka akan mula men-scan. Apatah lagi yang langsung tidak bertudung.

Jadi, wahai kaum lelaki, nasihatlah dan jagalah isterimu utk bertudung secara betul, kerana dia HANYA MILIKMU. Lihatlah betapa mulianya wanita.
Jika tudung telah dilabuhkan, automatic, ‘scanner’ mereka tidak dapat berfungsi, MashaaAllah. See, how mulia is woman again.

Dan juga, wahai kaum wanita, saudaraku, sahabatku, tidak mahukah kita dipandang mulia. Di akhirnya, kita sendiri yang menentukan samada untuk menjadi mulia atau tidak. Tepuk dada, cermin hati, tanya iman.


Sunday, 16 December 2012

Kuliah Zohor 17/12/12 - puasa 3 hari setiap bulan

Assalamualaikum,

Pelajaran yang ummi dpt hari ini ialah puasa sunat 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15 hb, bulan Islam) dapat menghilangkan sifat wahar. Sifat wahar ialah sifat hati yang tidak elok seperti dengki, khianat, perasaan marah, permusuhan, etc).

Ya Allah, senangnya kan kita nak menjauhkan sifat-sifat begini yang memang tidak dinafikan susah nak hilang dari setiap hati kita, mahupun ummi sendiri, astaghfirullah.

Alangkah indahnya jika kita dapat istiqomah berpuasa 3 hari ini pada setiap bulan. Ayuh saudara-saudaraku. :). Pahala dapat, sifat2 buruk pun dapat kita hilangkan.

Wallahhualam.

Wednesday, 14 November 2012

Maal Hijrah 1434

Salam Maal Hijrah 1434. Semoga tahun baru ni membuka lembaran yang baik untuk kita di samping kita memperbaiki muhasabah diri. What is your resolution? For umi, I'll improve my way in solah to be more khusyuk. My ultimate goal is to 100% khusyuk while understanding the meaning of my reading in solah. Imagine one who is undertand what she/he reads in quran and solah, plus khusyuk. Subhanallah! At that time, there's no more else we want rather than to concentrate on this and worship all our life to Allah azzawajalla. Amin ya rab.

I'll start writing more after this :-)

Tuesday, 25 September 2012

5 perkara yang perlu dipercepatkan

Assalamualaikum,

Ilmu yang diperolehi dari ummi semasa menghadiri kuliah zohor semalam. Alhamdulillah.


5 perkara yang tidak boleh dilambatkan selain daripada solat ialah:
i) Bagi makan kepada tetamu
ii) Uruskan jenazah
iii) Berkahwin jika sudah menemui jodoh
iv) Membayar hutang
v) Bertaubat kalau terlanjur

Semoga kita mendapat serba sedikit ilmu yang dikongsikan di sini.

Wednesday, 18 July 2012

Perbaikilah diri


Dulu ummi selalu meratap, merintih dan bertanyakan kenapa diri ini begini, tidak seperti orang lain. Walhal ummi tahu dan dalam keadaan sedar semasa melihat diri ummi. Dan ummi tahu itu adalah salah untuk difikirkan. Ummi masih waras tapi ummi mengikut nafsu. Akibat acapkali membandingkan diri dan nasib dengan orang lain. Tapi apa yang ummi bandingkan hanya dari segi keduniaan, astaghfirullah.
Alhamdulillah di atas doa dan pencarian hidayah, ummi dapat memahasabahkan diri dan kembali ke alam 'nyata'. It's not that I was not in real world at that time but I could admit that as ummi tak berfikir dengan sebenar-benar fikiran. Alhamdulillah sangat-sangat ke hadrat Ilahi, kerana ummi rasa ummi sudah berilmu walaupun tidak banyak mana kerana ummi tahu kita tidak akan pernah habis belajar, yang kita boleh buat adalah terus belajar dan belajar. Alhamdulillah KPI ummi sebagai seorang muslimah sudah increase kerana ummi rasa ummi dah meninggalkan rakan-rakan yang sama-sama di tahap ummi dulu dengan ilmu yang ummi ada di mana mereka masih di tahap lama. Astaghfirullah, bukan membangga diri tetapi itulah improvement yang ummi nampak. Sementara itu ummi harap ummi tidak akan lupa mendoakan kawan-kawan supaya dapat mebaiki dan improvekan diri mereka ke tahap lebih baik dari segi seorang muslimah.

Selalulah di dalam doa kita selepas setiap solat untuk mendoakan "Ya Allah, bantulah aku dalam mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan beribadah dengan lebih baik kepadaMu". InsyaAllah, Dia akan membantu kita di dalam setiap perkara. Ini adalah doa yang disarankan oleh baginda Rasulullah s.a.w. sendiri. Selepas doa itu, ummi juga memanjangkan doa, "Ya Allah, bantulah aku dalam menghormati dan mentaati suamiku dan bantulah aku dalam mendidik anak-anakku. Berilah aku kesabaran yang penuh".

Dan juga jangan lupa untuk doa ini. "Ya Allah kurniakan/luangkan kepadaku masa yang banyak untuk ke majlis-majlis ilmuMu dan untuk mempelajari ilmu agama. Kurniakan kepadaku ilmu yang bermanfaat dan dimanfaatkan. Semoga makhraj-mahkrajku dan sebutan-sebutanku betul di dalam menyebut huruf-huruf dan ayat-ayatMu".

Percayalah, Dia akan memberikan kita masa yang lebih untuk ke arah itu. I've tried and it works. Start with that doa if you feel you need more penghayatan and feel like your mind is empty (jiwa kosong). Alhamdulillah, alhamdulillah ya Tuhanku. Sesungguhnya Engkau menganugerahkan kepada setiap hambaMu yang meminta.

Amin, amin ya Rabbul A'lamin.

Ayat berkubu


Ummi nak kongsikan tentang ayat berkubu yang ummi dapat di tazkirah yang dihadiri. Di samping itu, ummi campurkan juga dengan petua membacanya dari laman web yang ummi came across. Semoga bermanfaat untuk kita semua.




Maksud : 
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. 
Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhamad Rasulullah.


Supaya Allah SWT akan melindungi diri kita dari segala mara bahaya. 
( Amalkan selepas solat Subuh atau ketika diri diancam musuh ).

Caranya:

1. Berdiri menghadap kiblat (arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.

2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.

3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara.

4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup ke bawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup ke arah atas sehingga habis nafas.

5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.

Khasiatnya : InsyaAllah, Allah akan melindungi diri kita dari segala mara bahaya. "Doa itu senjata bagi orang mukmin ". 

Tips Tuan Guru Prof. Dr. Haron Din Al Hafiz
Rujuk Darussyifa

Friday, 29 June 2012

Lagi about hidayah ...

Tengahari ni, Jumaat, ummi berpeluang menghadiri ceramah Ustazah Wan Suhaili, Ustazah Solehah, TV Al-Hijrah. Orangnya muda lagi. Seronok tengok orang-orang muda dah start berdakwah. Tengok balik diri ummi, Ya Allah jauhnya ketinggalan diriku ini. Kadang-kadang terasa dengan frasa ini -> Allah lebih sayang orang muda yang bertaqwa dari orang tua yang bertaqwa. Tapi aku tahu ya rab, rahmat-Mu sentiasa ada untukku dan kami semua.
Today, she talked about isra' dan mikraj, how Rasulullah s.a.w. was viewed about syurga and neraka. The azab in neraka, oh ya Allah. Rasullullah s.a.w. melihat kaum yang paling ramai masuk neraka ialah golongan wanita. Sebab utamnya kerana golongan wanita tidak bersyukur. Sering mengkufurkan suami dan mengkufurkan ehsan suami. Nauzubillahiminzalik. Ya Allah lindungilah diri aku dari sifat ini.
And she talked about hidayah. Hidayah milik Allah. She shared the experience of celebrities who had done their hijrah, Yatt Hamzah and Diana Amir.
Walking down to ummi's office, after attending the ceramah, ummi tak pernah melepaskan mata memandang pakcik cobbler yang duduk di belakang bus/taxi stop. Saban hari dari pagi hingga petang dia akan setia menunggu pelanggan yang datang untuk membaiki kasut. Mostly pelanggan-pelanggannya adalah dari pekerja-pekerja office berdekatan. Cuma yang tertanya-tanya di hati ummi setiap hari Jumaat, di kala jemaah lelaki sibuk menghadirkan diri ke masjid untuk solat Jumaat, pakcik itu masih di situ. Boleh bayangkan dalam diri ummi apa yang ummi fikirkan. Ya Allah, semoga Engkau memberikan hidayah kepada pakcik itu sebelum matanya tertutup mengadap-Mu. Sesungguhnya aku amat terasa, kasihan, simpati jika pakcik itu masih di tahap itu tanpa apa-apa hidayah, yang mana sepatutnya di usia begitu dia banyak mendambakan diri kepada-Mu. Jelas kelihatan, dia diambang usianya.

Hanya Kau Yang Maha Mengetahui Ya Rab.