Sunday, 3 March 2013

Mulianya wanita


Iktibar  dan pelajaran yg diperolehi dari kuliah zohor Ustaz Asri Kagat (28/2/2013)


Seperti dalam firman Allah, wanita akhir zaman menutup aurat tapi bertelanjang. Ya, kita adalah wanita di zaman yang telah disebutkan oleh Allah azzawajalla. Lihat diri kita kembali, adakah kita tergolong dalam kumpulan ini? Nauzubillah. Memang ini yang akan keluar dari mulut kita, tapi marilah kembali kita melihat cara kita berpakaian.

Menurut ustaz, dari pandangan lelaki, 9 out of 10, perkara pertama yang akan dilihat oleh mereka pada wanita (yang bukan mahram) adalah bahagian dada. Hanya 1/10 yang akan melihat rupa paras.
Apabila tudung tidak dilabuhkan melebihi paras dada, automatically ‘scanner’ mereka akan mula men-scan. Apatah lagi yang langsung tidak bertudung.

Jadi, wahai kaum lelaki, nasihatlah dan jagalah isterimu utk bertudung secara betul, kerana dia HANYA MILIKMU. Lihatlah betapa mulianya wanita.
Jika tudung telah dilabuhkan, automatic, ‘scanner’ mereka tidak dapat berfungsi, MashaaAllah. See, how mulia is woman again.

Dan juga, wahai kaum wanita, saudaraku, sahabatku, tidak mahukah kita dipandang mulia. Di akhirnya, kita sendiri yang menentukan samada untuk menjadi mulia atau tidak. Tepuk dada, cermin hati, tanya iman.